Tuesday, April 5, 2011

share tentang Cara Mandi Wajib..

kena selalu ingatkan saudara-saudara kita..juga ingatkan diri sendiri :)

jika mandi Wajib tak Sah..maka Ibadat kita juga tak Sah ye..Ingat tu!!!

SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:

      1. Keluar mani.
      2. Haid.
      3. Janabah (bersetubuh)
      4. Wiladah.
      5. Nifas.
      6. Mati, selain mati syahid.

SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

JAWAPAN Cara-cara mandi wajib :

  1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.
  2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan
  3. Ambil wuduk.
  4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
  5. Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.
  6. ( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )
  7. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.
  8. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
  9. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

No comments: